Trend Korea. Bagus ke tak?

Di Malaysia ni bila sebut sahaja mengenai Korea pasti ramai golongan tak kira remaja mahupun dewasa yang menyukai Korea daripada pelbagai aspek. Gelombang K-Wave (Korea Wave) yang mula berkembang secara mendadak sekitar awal tahun 20-an ini, telah berjaya memenangi hati rakyat Malaysia untuk jatuh cinta terhadap apa jua yang berkaitan dengan trend Korea termasuklah dari aspek kebudayaan, bidang seni, fesyen pakaian, teknologi, skincare dan macam-macam lagi.

Persoalannya, trend-trend di Korea ni bagus atau pun tidak untuk kita ikuti?

K-Drama

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai rakyat Malaysia suka menonton drama-drama Korea disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan pelakon-pelakonnya yang mempunyai wajah yang kacak dan cantik! Kebanyakan drama Korea banyak memberikan mesej yang berunsur pengajaran dan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi oleh rakyat Malaysia. Namun, K-drama yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ini menyebabkan ramai peminat Korea khususnya, menjadi ketagih dan sukar untuk berhenti menonton. Hal ini boleh memberi impak yang negatif dari segi kesihatan dan kehidupan seperti tidak cukup tidur, terlepas waktu makan, prestasi kerja merosot dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, pepatah ada mengatakan “ambil pati, buangkan ampas” dimana kita haruslah bijak dalam menilai mana yang baik dan buruk.


via GIPHY

 

Makanan Korea

Disebabkan banyak menonton drama Korea, ramai diantara kita yang gemar dengan juadah yang pernah dipaparkan dalam drama tersebut. Kini di Malaysia, makanan Korea seperti ramyeon, bulgogi, kimchi dan banyak lagi, sudah pun menjadi trend dan sangat mudah untuk mendapatkan yang Halal kerana ramai peniaga yang mula mencipta resepi makanan Korea dengan bahan-bahan Halal. Restoran Korea seperti Sweetree Korean Food, The Street Café, Mr Dakgalbi juga sangat mudah untuk dicari.

K-Pop

Walaupun ramai yang tidak memahami maksud dan mengetahui lirik lagu berbahasa Korea, namun muzik K-pop telah pun menjadi kegilaan ramai peminat dalam kalangan rakyat Malaysia. Rentak dan irama muzik K-pop yang segar dan sedap didengar merupakan salah satu punca Korea terkenal di Malaysia. Realitinya, paras rupa dan bakat artis Korea yang menarik merupakan punca utama mengapa ramai peminat tergila-gilakan mereka. Fenomena ini telah menyebabkan ada segelinitir peminat yang sanggup berhabis wang dan tenaga demi memenuhi minat mereka terhadap trend dan artis kesayangan masing-masing seperti membeli tiket konsert, album, majalah, dan banyak lagi. Namun, perkara ini bukanlah satu perkara yang negative sekiranya kita sebagai peminat, bijak dalam merancang untuk membezakan keperluan dan kehendak.

Pstttt Fiqa peminat Blackpink and BTS! Korang minat group apa? 😉


via GIPHY

 

Skincare

Trend skincare Korea masa kini kebanyakannya adalah berfungsi untuk menghidrasi kulit wajah supaya kulit tidak kusam dan kekal glowing! Bagi peminat k-drama, korang perasan tak pasti ada beberapa adegan dalam drama tersebut yang memaparkan scene pelakon memakai skincare? Dan kalau kita perasan, mostly orang Korea  mempunyai wajah yang sangat licin, kulit yang mulus, bersih dan glowing. Hal ini kerana mereka displin mengamalkan skincare routine (cleanser, scrub, toner, serum, moisturizer dan sunscreen!) dan rajin menggunakan sheet mask untuk mendapatkan instant glowing toing! toing!

Fesyen

Suka tengok artis Korea punya fesyen kan? Sama ada pakaian yang dipakai oleh pelakon dalam drama mahupun pakaian yang diperagakan  atas pentas oleh penyanyi Korea. Fenomena K-wave di negara ini juga telah memberi impak kepada industri fesyen! Ramai anak muda di Malaysia gemar dengan trend fesyen di Korea terutamanya fesyen bagi koleksi musim panas. Al maklumla.. Malaysia kan ada musim panas dan hujan je.. So fesyen pakaian Korea yang paling sesuai untuk pakaian harian rakyat Malaysia ialah musim panas.

 

Jadi kesimpulannya, trend Korea ni sebenarnya sangat menarik dan banyak memberikan manfaat jika kita bijak membezakan baik dan buruk. Minat itu tidak salah, tapi yang salah jika kita terlalu fanatik sampai taksub tau! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×