5 Tips Work From Home yang produktif!

Salah satu cara untuk mengurangkan wabak pandemik COVID-19 ini adalah dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu PKP. Jadi, banyak sektor syarikat yang terpaksa berhenti beroperasi secara fizikal dan beroperasi secara virtual dimana para pekerja harus bekerja daripada rumah atau work from home.

Untuk menghasilkan hasil kerja yang bagus semasa wfh, berikut merupakan beberapa tips yang korang boleh ikuti:

1. Bangun Awal Pagi Seperti Biasa

Tips yang pertama ialah bangun awal pagi seperti rutin harian biasa yang korang selalu lakukan untuk bersiap pergi ke tempat kerja. Hal ini adalah untuk mewujudkan mood bekerja yang positif dan mengelakkan diri dari bermalas-malasan. Ye la takkan la lagi 5 minit dah nak mula waktu pejabat, tapi korang masih lagi berselubung dalam selimut 🤭

Ingat, jika syarikat korang bayar gaji penuh sewaktu pkp, bermaksud setiap jam dalam tempoh bekerja adalah waktu untuk korang melakukan tanggungjawab untuk selesaikan task yang diberi.

 

2. Cari ruang kerja yang selesa

Salah satu faktor utama yang patut diambil kira semasa wfh adalah lokasi dan ruang kerja yang selesa untuk mewujudkan suasana kerja yang tenang dan mudah untuk korang focus melakukan sesuatu pekerjaan. Seeloknya, sediakan meja dan kerusi yang selesa untuk postur badan korang dan kalau boleh berada dalam bilik yang tidak bising supaya korang tidak terganggu.

Elak dari membuat kerja di atas katil sebab korang pun tahu kan bertapa empuknya katil masing-masing kat rumah? Nampak bantal dan selimut kat sebelah, automatik mata akan jadi layu! 🤣

 

3. Buat check list atau to-do list

Bila kita bekerja di rumah tanpa berada dalam suasana pejabat, banyak tugasan yang mungkin kita akan terlepas pandang. Jadi, untuk mendapatkan hasil kerja yang produktif, kita perlu sediakan to-do-list untuk setiap tugasan yang diberi. Kongsikan to-do-list korang kepada boss ataupun dalam group supaya semua orang akan keep on track dengan tugasan masing-masing. Jadi, boss pun tahu kita jenis yang buat kerja dirumah bukannya duduk goyang kaki sahaja sewaktu wfh 😇

4. Jangan terlepas sarapan pagi dan lunch! 😠

Kerja, kerja jugak tapi kesihatan perlu dijaga juga! Pastikan korang bersarapan pagi sebelum mula bekerja untuk mendapatkan tenaga yang cukup so takde la nanti korang lemau je sepanjang bekerja dirumah. Jangan lupa juga untuk makan tengah hari! Kalau takde masa untuk masak, Foodpanda dan Grab kan ada! 😜

5. Sentiasa berhubung dengan rakan sekerja

Korang dinasihatkan untuk pastikan handphone sentiasa on dan kamera berfungsi dengan baik! Bila dah duduk berjauhan dengan rakan sekerja, kemungkinan juga kita akan mengalami masalah berkomunikasi dan mudah untuk isu salah faham itu terjadi 😱. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersedia dan standby handphone mesti berada disisi supaya kita dapat berikan komitmen yang baik kepada rakan sekerja disaat mereka perlukan kita. Sentiasa memberikan kerjasama dengan berhubung dan memberikan respon yang baik kepada mereka untuk menghasilkan hasil kerja yang bagus ketika bekerja di rumah 👍🏻

……..

Sekian itu sahaja tips work from home yang produktif dari saya! Selamat mengikuti tips2 diatas dan menghasilkan hasil kerja yang bagus dan produktif! Ingat! Duduk rumah je dan keluar jika perlu sahaja. Semoga wabak pandemik COVID-19 ni berhenti secepat mungkin. #kitajagakita 😇

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×