TIPS ELAK JERAWAT AKIBAT PEMAKAIAN TOPENG MUKA

Bila sebut mengenai topeng muka ni kan, uols tahu tak pemakaian topeng muka dalam tempoh yg lama boleh menyebabkan kulit wajah mengalami masalah! Contohnya mcm kemerahan, gatal-gatal, ruam atau pun jerawat.

Kalau uols pernah mengalami masalah mcm ni akibat pemakaian topeng yg lama, uols boleh try tips yg kita nak kongsikan kat artikel kali ni. Tipsnya senang jer baca sampai habis tau!

Pakai di tempat awam sahaja

  • Kulit wajah kita boleh menjadi sensitif dan mudah naik jerawat akibat penggunaan topeng muka yang terlalu lama. Hal ni berlaku kerana kulit tak dapat bernafas sbb tertutup dgn topeng muka. So, uols perlulah pakai topeng di tempat awam sahaja seperti di office, pasaraya, kedai runcit atau di tempat yang mempunyai ramai org awam. Ada masa boleh buka mask, uols buka contoh bila tgh memandu.
Topeng muka Surgical
Topeng Muka Kain

Pakai buang!

  • Ini sangat penting ye.. Kalau uols guna surgical topeng muka, sekali pakai terus buang ye jangan sambung pakai tau! Kalau uols guna topeng muka jenis kain, sekali pakai terus basuh. Kenapa? sbb kelembapan topeng muka yg tertutup akan meningkat akibat pernafasan uols. Haa kawasan yg lembap menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan mula lah jerawat tumbuh bermaharajalela.

Kerap cuci muka

  • Bila kulit uols lembap sebab bernafas di kawasan yg tertutup, kulit boleh jadi lebih sensitif dan liang pori mudah tersumbat. Sbb tu la uols kena kerap cuci muka sehingga bersih ye setiap kali uols buka topeng muka. Kalau tak nnt kulit uols akan start berbintik2, ruam atau pun berjerawat.

Sapu pelembab/moisturizer

  • Jika kulit wajah uols menggelupas akibat pemakaian topeng muka, itu bermakna kulit wajah uols menjadi kering akibat kurang pengudaraan. Uols boleh try sapu moisturizer sebelum pakai topeng muka. Kulit yg kering ni boleh memburukkan lagi keadaan kulit tau seperti ruam, kulit menggelupas dan gatal-gatal.

Jangan sentuh topeng muka

  • Jangan menyentuh topeng muka yg dah digunakan! Uols kalau nak buang topeng muka, pastikan uols pegang dibahagian tali penyangkut topeng muka. Sbb kawasan dalam dan luar topeng muka tu mempunyai banyak bakteria yg boleh menyebabkan masalah kulit muka. Lepas cabut mask uols jangan lupa cuci tangan bersih2 ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×