Tekstur Kulit Tak Sekata. Normal ke?

Tak dapat dinafikan bahawa ramai golongan wanita yang mengimpikan tekstur kulit yang sihat dan licin macam tomato tanpa liang pori yang besar, parut jerawat, jeragat dan sebagainya.

Sumber imej: https://www.bodyshapingclinic.com/

Untuk pengetahuan korang, tekstur kulit tak sekata ini adalah satu perkara yang normal! Dan ianya berpunca daripada beberapa faktor antaranya ialah keturunan, persekitaran, cara pemakanan, lifestyle & skincare routine! Kebiasaannya, ciri-ciri kulit orang yang memiliki textured skin ni ialah kulit kasar, berbintik-bintik, kering dan kusam.

Jadi korang kalau ada textured skin, jangan risau sebab it’s normal! Tapi kalau korang nak cuba untuk mengurangkan bumpy di kulit wajah, nak kulit nampak segar dan sihat, boleh cuba produk skincare khusus untuk hydration booster. Contohnya macam toner, sheet mask dan moisturizer. Nak lagi cepat berkesan korang boleh cuba cari skincare produk yang mengandungi Niacinamide sebab fungsi niacinamide ni adalah untuk mengurangkan liang pori kat kulit wajah kita.

Bagi korang yang mempunyai masalah parut jerawat, jeragat dan bitik-bintik hitam, boleh cuba serum yang mempunyai fungsi khas untuk memudarkan parut jerawat dan bintik2 hitam. Paling best kalau serum tu mengandungi bahan anti-aging so that garis kedut dekat wajah korang boleh slowly hilang! Baru lah nampak wajah sentiasa segar gittew!

Tapi korang kena sentiasa ingat, jangan pernah tinggal cleanser, moisturizer dan sunscreen ye! Ketiga-tiga ni adalah produk yang wajib korang gunakan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Powered by WhatsApp Chat

×