STEP BY STEP SKINCARE ROUTINE!

Hi uols! Siapa kat sini yang tak tahu macam mana nak jaga kulit muka kita dengan betul? Okay artikel kali ni kita nak kongsikan macam mana cara-cara nak apply skincare dengan betul mengikut step by step.

1. Remove Makeup :

Uols kena la bersihkan kulit muka terlebih dahulu menggunakan makeup remover seperti Meeracle cleansing milk untuk hilangkan makeup2 yang degil seperti foundation, mascara yg ada pada kulit muka tu.

2. Cleanse:

Basuh kulit wajah uols menggunakan pencuci muka untuk menghilangkan minyak & kotoran. Cuci muka sangat penting tau dalam rutin penjagaan kulit wajah.

3. Exfoliate:

Haa langkah yg ni buat satu atau dua kali seminggu je. Sbb exfoliate ni adalah langkah untuk menghilangkan sel kulit yg mati. So uols boleh guna scrub untuk langkah yg ni. Buang sel kulit mati ni penting ye utk elakkan pores tersumbat yg akan mengundang pertumbuhan jerawat!

4. Toner:

Toner ni wajib ke pakai? Tak wajib tp sgt digalakkan utk pakai toner kalau kulit uols jenis yg cepat kering dan dehydrate. Untuk pengetahuan uols, toner berfungsi utk balancekan pH kulit wajah. Kulit yg mempunyai pH yg tinggi boleh mengundang masalah kulit kering dan berjerawat. Sbb tu la kena guna toner tau uols!

5. Serum:

Jeng jeng jengg haa lepas dah pakai toner, uols boleh apply serum! Serum ni ada mcm2 jenis. Uols boleh guna serum mengikut masalah kulit yg uols alami. Contoh, Meeracle Serum mampu untuk menangani masalah kulit kering, jerawat, jeragat dan buat kulit nmpk glowing! Senang cite mcm2 la serum ni boleh bantu dlm masalah kulit. Apply serum di semua kawasan kulit sehingga rata ye!

6. Moisturize:

Moisturizer adalah salah satu elemen yg mesti ada dalam rutin skincare uols tau! Fungsi Moisturizer ni adalah utk lock semua layer2 skincare yg korg dah pakai tadi & mengimbangkan kelembapan kulit wajah uols, So bagi uols yg ada masalah kulit kering dan kulit berminyak ni mmg kena pakai moisturizer tau!

7. Protect:

Haa langkah yg terakhir ni la yg paling penting dan tak boleh skip! Lepas dah pakai moisturizer, kita kena lah pakai sunscreen/sunblock. Sangat2 penting ye untuk elakkan sunburn & jeragat! Untuk pengetahuan uols, jeragat ni lah yg paling susah nak hilang tau! So better kita prevent drpd terkena. Untuk pakai harian, uols boleh cari sunscreen yg ada SPF30 – SPF50.

Nampak macam leceh kan? Tapi sebenarnya tak pun.. Sebab kalau kita rajin dan berdisplin hari2 ikut step by step rutin penjagaan kulit wajah ni, uols akan rasa benda ni senang je.. Hasilnya pun pasti memuaskan 😉 Nak cantik kena rajin dan sabar, ok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×