Rawat Kulit Wajah Menggunakan buah Kakadu

Korang tahu tak yang buah Kakadu merupakan buah yang paling tinggi kandungan Vitamin C?

“Okay, jadi apa kaitan buah kakadu, Vitamin C dengan kulit wajah kita?”

Buah Kakadu merupakan buah yang mengandungi Vitamin C paling tinggi di dunia iaitu 100 kali ganda lebih banyak berbanding kandungan Vitamin C dalam buah Oren! Hebat kan buah Kakadu?

Vitamin C bukan sahaja bagus untuk kesihatan fizikal badan kita, malah ia juga merupaka bahan yang bagus untuk anti penuaan kecantikan kulit wajah. Bukan itu sahaja, Vitamin C juga dapat mengurangkan masalah kulit kusam dimana ianya berfungsi untuk meningkatkan penghasilan kolagen bagi menghasilkan kulit wajah yang berseri.

Untuk maklumat korang, salah satu punca proses penuaan berlaku dengan cepat adalah disebabkan berkurangnya kolagen pada kulit kita.

Kelebihan Vitamin C:

  • Anti penuaan
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Memudarkan jeragat
  • Membantu mengurangkan garis halus

So lepas ni boleh la try produk yang mengandungi vitamin C kalau nak cantik meletop 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Powered by WhatsApp Chat

×