PENTING KE SUNSCREEN/SUNBLOCK NI?

Untuk pengetahuan uols, sunscreen ni sangat penting dan merupakan skicare yang WAJIB dalam penjagaan harian kulit wajah kita. Lagi lagi kita yang duduk di Malaysia. Sunscreen ni mempunyai banyak kelebihan selain dari elak kulit dari terbakar akibat sinaran cahaya matahari.

“Kenapa sunscreen ni penting?”

  • Elak untuk kulit sunburn/ kulit gelap
  • Elakkan pertumbuhan jeragat
  • Kurangkan garis halus di wajah (kedut)
  • Elak kanser kulit

 

“Macam mana cara nak pilih sunscreen yang sesuai dengan kulit kita?”

Okay untuk pengetahun uols, sunscreen mempunyai dua jenis. Pertama ialah Physical sunscreen dan yang kedua adalah chemical sunscreen.

Physical sunscreen mempunyai titanium dioxide atau titanium oxide. Kebiasaannya, physical sunscreen ni mempunyai white cast yang menyebabkan kulit wajah akan kelihatan seperti kelabu apabila apply sunscreen jenis ni. Bagi mereka yang memiliki kulit jenis acne prone dan sensitive, disarankan untuk menggunakan sunscreen jenis ini.

Chemical sunscreen pula mempunyai bahan seperti octinoxate dan oxybenzone. Bahan ini bertindak untuk mengeluarkan haba dari kulit kita hasil daripada pantulan UV rays.

Pilih sunscreen yang sesuai untuk pemakaian harian seperti SPF30 hingga SPF50. Tapi kalau lebih dari tu pun okay je.

Kalau kulit wajah uols memberikan reaksi yang negative seperti panas, merah-merah ataupun melekit selepas memakai sunscreen, kemungkinan sunscreen tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit uols. Jadi disarankan untuk berhenti memakai sunscreen tersebut.

 

“Perlu pakai sunscreen ni 24 jam ke?”

Sunscreen sangat wajib dipakai pada siang hari lagi-lagi kalau uols jenis yang sering terdedah dengan environment luar. Kalau uols duduk dalam rumah pun, disarankan untuk uols apply sunscreen.

Uols tak perlu apply sunscreen bila uols berada dalam satu tempat yang memang takde langsung cahaya matahari dan pada waktu malam.

Oh! Jangan lupa untuk reapply sunscreen setiap 3 hingga 4 jam tau lelagi kalau uols jenis yang suka berjemur di tengah panas tu.

 

“Macam mana nak guna sunscreen?”

Okay uols kena ikut step ni tau:

  1. Makeup remover – untuk buang makeup
  2. Cleanser
  3. Scrub – buang kulit mati
  4. Serum – repair masalah kulit
  5. Moisturizer – Lock layers skincare & lembabkan kulit wajah
  6. SUNSCREEN!
  7. Makeup

Make sure uols apply sunscreen banyak macam dalam gambar kat bawah ni.

Sumber: Google

Jangan kedekut tau untuk apply sunscreen dengan kuantiti sebanyak ni. Kalau tak kulit kita tak dapat perlindungan sepenuhnya daripada sinaran matahari.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×