KULIT KUSAM? Macam mana nak hilangkan?

Siapa kat sini ada masalah kulit kusam?

“Eh jap. Kulit kusam tu mcam mana eh?”

Kulit kusam tu ialah kulit wajah yg nampak gelap, tak glowing dan tak nampak segar. Kulit kusam ni biasanya berpunca akibat pemakanan yg tak seimbang, kurang tidur, stress atau tidak mengamalkan rutin penjagaan kulit wajah dengan betul.

“Boleh ke nak hilangkan kulit kusam ni?”

Tentulah boleh! Tapi kalau nak kulit sihat & cantik kita kena rajin tau! Ok baca sampai habis ye

 

  1. Exfoliate
    • Menurut Mona Gohara iaitu Doktor dematologi, setiap manusia akan menghasilkan jutaan sel kulit mati setiap hari. Kulit wajah akan menjadi gelap dan kusam jika sel kulit mati itu tidak dibuang dari permukaan kulit wajah. Sebab itulah uols kena rajin exfoliate atau scrub untuk mengeluarkan segala kotoran sel kulit mati di wajah. Fungsi khas scrub ialah mengeluarkan sel kulit mati dan menegangkan kulit. Selain scrub, uols boleh juga guna chemical exfoliator seperti skincare yg mempunyai bahan AHA dan BHA.
  1. Kerap Cuci Muka
    • Langkah awal untuk atasi masalah kulit kusam ialah kerap mencuci kulit wajah! Kenapa? Membersihkan kulit wajah ni benda yg paling basic dalam penjagaan kulit wajah. Bila uols cuci kulit wajah uols menggunakan sabun pencuci muka, segala sisa minyak dan kotoran akan dibersihkan.
  1. Pilih produk yang mempunyai bahan pencerah
    • Orang yg mengalami masalah kulit kusam ni majoritinya mempunyai kulit yg gelap. Oleh itu, uols disarankan untuk memilih produk yg mempunyai bahan yg boleh mencerahkan kulit wajah. Make sure uols gunakan produk yg selamat digunakan dan telah mendapat pengiktirafan dari KKM ok?

  1. Pelembab Wajah
    • Antara ciri-ciri kulit kusam ialah mempunyai kulit yang kering. So, uols yang mempunyai masalah kulit kering boleh cuba menggunakan pelembab wajah/moisturizer yg dapat bantu menghidrat kulit dan mengekalkan kelembapan yang kulit uols perlukan. Kulit kering ni bahaya tau sebab boleh menyebabkan proses penuaan yg cepat pada kulit wajah dan kedutan pada wajah. Paling risau bila kulit kering yg melampau sampai boleh mengakibatkan luka, terus boleh terhasilnya parut!
Sumber: Findgoodbuy
  1. UV Protection
    • Benda paling wajib uols kena apply is sunscreen/sunblock! Kenapa? Sbb fungsinya adalah untuk mengelak dari jeragat, sunburn, kulit nampak tua & hindar dari kanser kulit. Kalau uols tak keluar rumah pun, uols kena pakai jugak tau sunscreen/sunblock!

  1. Lifestyle
    • Haa uols tidur cukup tak 7-8 jam tiap hari? Makan minum pulak nutrisinya seimbang tak? Uols kena ingat tau cara kehidupan dan pemakanan uols pun mainkan peranan penting pada badan dan juga kulit wajah. Pastikan tidur cukup, nutrisi dalam pemakanan cukup dan jangan terlalu stress ok?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×