Kenapa Pentingnya Toner?

Ramai yang belum tahu kenapa pentingnya toner kan?

Toner merupakan salah satu produk skincare yang berfungsi untuk mengawal level pH kulit wajah kita. Apa maksudnya mengawal pH?

Sebelum tu, jom kita ketahui langkah asas rutin penjagaan kulit wajah.

1. Cleanser
2. Toner
3. Serum
4. Moisturizer
5. SPF

Toner kebiasaannya dipakai pada langkah kedua selepas mencuci muka menggunakan cleanser. Kadang-kadang cleanser yang digunakan itu memiliki pH level yang bersifat asid yang boleh mengeringkan kulit atau menyebabkan kulit pedih dan kemerah-merahan. Oleh itu, toner digunakan selepas cleanser bagi tujuan seimbangkan pH pada kulit wajah kita. Kesimpulannya, kulit akan nampak lebih cerah halus dan dapat mengurangkan masalah jerawat.

Berikut merupakan fungsi-fungsi toner:

1. Melembabkan kulit wajah
2. Membuang sel kulit mati
3. Membersihkan sisa minyak

Cara – cara memakai toner:

1. Letakan beberapa titisan toner atas tapak tangan
2. Sapukan diseluruh wajah dan leher

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×