KENALPASTI JENIS KULIT WAJAH ANDA

Pernah tak kulit muka kita tiba2 tumbuh jerawat, merah2, berminyak, atau macam2 masalah timbul bila kita start guna satu skincare yg baru? Haa ada dua sebab kenapa muka tetiba breakout bila start pakai product baru. Pertama, sbb mmg product tu nak keluarkan segala kotoran kat lapisan kulit uols… Sbb tu la kadang2 jerawat timbul banyak. Tapi lepas beberapa hari, kulit kita akan start pulih dan masalah2 kulit muka akan beransur hilang.

Sebab yang kedua ialah, uols silap pilih skincare! Kenapa boleh berlaku? Sebab mungkin uols taktahu jenis kulit uols tu kering, minyak atau pun sensitif tp uols main apply je skincare tu tanpa study bahan apa yg sesuai untuk kulit muka uols.. Sebab tu la pentingnya untuk kita tahu apa jenis kulit kita..

So artikel kali ni kita nak kongsi kan sedikit cara untuk kenalpasti jenis kulit wajah kita. Mudah dan ringkas je caranya πŸ˜‰

Untuk pengetahuan uols, kulit wajah ada 5 jenis iaitu kering, berminyak, sensitif, kombinasi dan juga normal!

 

Langkah 1:

Pastikan kulit wajah uols bersih daripada segala makeup dan skincare. So buang semua tu menggunakan makeup remover.

Langkah 2:

Cuci wajah anda menggunakan pencuci muka.

Langkah 3:

Biarkan kulit wajah uols kering sendiri selama 1-2 jam. Jangan apply apa2 tau kat kulit wajah.

Langkah 4:

Perhatikan keadaan kulit wajah uols selepas dua jam.

 

Normal – Kulit tak rasa tegang, tak berminyak dan tiada bintik2 merah. Tahniah! uols yg kulit normal ni sangat bertuah!

Kulit Berminyak – Kulit rasa berminyak dan melekit di seluruh kawasan muka. Uols yg ada jenis kulit berminyak ni mostly ada blackheads dan liang pori yg besar.

Kulit Kering – Kulit rasa tegang dan kering terutama di kawasan hidung dan dahi. Bagi seseorg yg mempunyai jenis kulit kering, mereka mudah untuk mendapat garis halus dan kedutan di wajah. Sbb tu la pentingnya hydration πŸ˜‰

Kulit Kombinasi – Kulit kombinasi bermaksud kulit yg mempunyai ciri2 kulit kering dan kulit berminyak. Kulit berminyak di kawasan hidung, dahi dan dagu tetapi kering di kawasan pipi.

Kulit sensitif – Kulit mula gatal2 dan kemerahan terutama di bahagian yg ada jerawat.

 

Haa so macam mana? Uols mesti dah dapat kenalpasti kan jenis kulit muka uols.. Bila kita dah tahu jenis muka kita ni mcm mana, senang kita nak cari produk yg sesuai dengan jenis kulit kita πŸ˜‰

 

 

18 thoughts on “KENALPASTI JENIS KULIT WAJAH ANDA

  1. nura says:

    kalau bahagian seluruh wajah termasuk bahagian pipi okay je,x kering,x berminyak tapi pada bahagian hidung saja berminyak,ada blackhead ia dikira sbg kulit jenis apa ya?

  2. Naamel says:

    Kulit saya kadang berminyak kawasan hidung, kadang kulitnya kering seluruh muka, tapi bila use cleanser tak pulak rasa tegang. Kalau tenyeh skincare yang ada fragrance macam toner or cream mesti keluar bintat merah gatal. Ni jenis kulit kombinasi plus sensetif plus kering ke? πŸ˜…πŸ˜…

    • fiqa says:

      Hi Naamel, menurut pemahaman Fiqa dengan situasi Naamel ni kemungkinan Naamel mempunyai jenis kulit yang combination & sensitif sbb kulit Naamel memberi respon yg negatif dengan fragrance. Tapi, untuk mendapatkan result yang tepat, Fiqa sarankan pergi ke pakar untuk mereka analisis jenis dan keadaan kulit Naamel. Harap membantu! πŸ˜‰

  3. Iffah says:

    Hello sis, kulit saya ni kdg2 oily n kdg2 combination but klu dye dry dkt kwsn dagu, ats mulut n pipi but hidung still minyak,,sy perlu cri moisturiser cream or gel?

    • fiqa says:

      Hi Iffah! Untuk atasi masalah Iffah ni, Fiqa sarankan Iffah menggunakan toner dan moisturizer. Untuk pengetahuan Iffah, toner dan moisturizer mampu balancekan pH kulit wajah kita dan mampu balancekan pengeluaran minyak di kulit wajah πŸ˜‰

  4. Nurin says:

    Hii, saya nak tanya kalau bahagian hidung saya selalu kering tapi bahagian muka yang lain okay je dia rasa lembab. Ini jenis kulit apa ya?

    • fiqa says:

      Hi Nurin! Apa yang fiqa faham dengan situasi Nurin ni, mungkin Nurin mempunyai jenis kulit yang Normal. Untuk atasi masalah kulit kering bahagian hidung, Fiqa sarankan untuk Nurin pakai toner & juga moisturizer. Dan kalau boleh elak duduk di tempat yang berhawa dingin pada masa yg lama tau πŸ˜‰

    • farah meeracle says:

      ada dear,boleh try set under the sea sbb set ni mmbntu hydrate kan skin dan juga mengawal pengeluaran minyak di muka dear

  5. shafiq says:

    kalau area dahi ,hidung, dagu beminyak and pipi sedikit berminyak kulit jenis apa,lagi satu kalau ada jerawat area hidung dan dagu maksudnya oily acne prone ke

    • fiqa says:

      Hi Shafiq! Menurut pemahaman Fiqa dengan situasi Shafiq ni, Kalau Shafiq mengalami masalah kulit berminyak yg sangat teruk & jerawat sering muncul, Shafiq mungkin juga mempunyai jenis kulit muka oily acne. Untuk atasi masalah ni, Fiqa sarankan Shafiq untuk tak skip langkah2 penjagaan kulit wajah. Shafiq boleh baca artikel ni untuk tahu langkah dan fungsi setiap skincare ye πŸ™‚ https://meeracle.com.my/step-by-step-skincare-routine/

  6. rina says:

    Kulit rasa tegang lepas cuci muka..
    Sejam lepas tu akan timbul sedikit minyak dekat dahi hidung..dekat pipi kiri dan kanan da timbul jeragat sebesar duit syiling 10Β’
    Kulit kusam..apa ke jenis kulit saya jenis kulit kering atau kulit kombinasi

    • fiqa says:

      Hi dear! Apa yang fiqa faham dengan situasi Rina, Rina mempunyai jenis kulit kombinasi iaitu kering dan berminyak. Untuk atasi masalah kulit kusam & jeragat, Fiqa sarankan sangat untuk Rina pakai sunscreen/sunblock setiap hari. Jangan lupa pakai toner dan moisturizer untuk kulit wajah nampak segar dan tak kusam πŸ™‚

  7. Hana says:

    Sis, saya tak tahu apa kulit saya normal ke tak. Muka saya ni dye berjerawat kecil ii , ade blackhead, dan berminyak . Sis rase saya jenis kulit apa yee. Please respon sis saya punye sbb saya nk rawat muka saya dan apa produk yang sesuai muka saya ni

    • fiqa says:

      Hi dear.. Menurut pemahaman fiqa, kalau kulit wajah awak mengeluarkan minyak yg sangat byk maksudnya awak mempunyai jenis kulit yang berminyak. Jadi, awak kena pakai toner dan moisturizer untuk balance kan pengeluaran minyak pada kulit wajah awak. Tapi kalau kadang2 je kulit berminyak, tahniah! itu maksudnya awak mempunyai jenis kulit yang normal πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×