KENALPASTI JENIS-JENIS JERAWAT DI WAJAH ANDA!

Jerawat merupakan masalah yg pasti pernah dialami oleh hampir semua orang. Uols mesti pernah ada jerawat jugak kan? 😉 Kebiasaannya, masalah jerawat ni muncul apabila liang2 pori tersumbat dengan minyak, kotoran dan sel kulit mati. Masalah jerawat ni juga boleh terjadi akibat persekitaran yg kurang bersih yg boleh mengakibatkan bakteria terlekat pada kulit wajah.

Jerawat ni ada banyak jenis jerawat seperti whitehead, blackhead, jerawat pasir dan macam2 lagi. Artikel kali ni kita akan kongsikan punca dan jenis2 jerawat yg kita selalu alami.

1. Whitehead

Tidak dinafikan bahawa masalah whitehead ni memang merimaskan lagi2 di bahagian hidung! Whitehead selalunya berlaku akibat liang2 pori tersumbat dan biasanya muncul di kawasan hidung, bawah bibir dan dahi! Sebab itulah pentingnya kita basuh muka dengan betul supaya minyak2 dan kotoran2 degil hilang pada kulit wajah dan liang2 pori tak tersumbat.

 

2. Blackhead

Blackhead ni juga merupakan adik-beradik whitehead yang kebiasaannya muncul di bahagian hidung dan pipi. Dalam sesetengah kes, pengaruh hormon turut boleh menjadi salah satu faktor pertumbuhan blackhead selain menjadi akibat liang pori tersumbat. Ia mempunyai warna yg gelap dan lagi sukar untuk menghilangkannya berbanding whitehead. Blackhead tak menimbulkan sebarang rasa sakit atau kemerehan seperti jerawat2 lain.

 

3. Jerawat Pustula

(sumber: Medical News Today)

Uols yang pernah mengalami masalah jerawat pustula timbul kat kulit wajah ni mesti tahu kan betapa sakitnya jerawat ni lagi2 kalau tumbuh kat atas mulut. Jerawat pustula ni wujud apabila pori2 rambut yg tersumbat dgn kotoran2 dari udara yg tak bersih dan dijangkiti dengan bakteria. Sebab itulah terbentuknya nanah! So uols kalau mengalami jerawat ni dinasihatkan supaya jgn picit ye! Takut kuman nanah tu merebak ke kawasan lain pulak.

 

4. Jerawat Papula

(sumber: Medical News Today)

Jerawat Papula ni merupakan jerawat yang takde mata dan terbentuk di lapisan bawah kulit. Tiada nanah kelihatan dan jerawat ni mempunyai bentuk seperti gigitan nyamuk. Uols yg alami masalah jerawat jenis ni akan berasa gatal2. Ingat ye! Jgn pandai2 picit jerawat uols tanpa kaedah yg betul! boleh jadi parut.

 

5. Jerawat Nodul

(sumber: Medical News Today)

Jerawat Nodul terbentuk di bawah permukaan kulit, saiznya lebih besar berbanding dengan jerawat jenis lain dan ianya bersifat lebih keras. Nanah tidak kelihatan pada permukaan luaran jerawat kerana ianya terbentuk daripada lapisan kulit yg sangat dalam. Jerawat ini akan mengakibatkan kesan yg kronik seperti parut yg gelap dan besar jika tidak dirawat dengan betul!

 

6. Jerawat Batu

(sumber: Sehatq)

Jerawat Batu merupakan jerawat yg paling teruk berbanding jerawat2 yang lain. Ini adalah kerana penyumbatan pori oleh sel kulit mati yang mengakibatkan jangkitan bakteria pada kawasan tersebut. Jangkitan ini pula terbentuk jauh ke dalam lapisan kulit. Jerawat ini juga mengandungi nanah dan cecair seperti lendir yg dapat merebak ke kawasan lain jika tidak dirawat dgn betul. Kebiasaannya, jerawat ini meninggalkan kesan parut. Ye! Hampir semua jerawat boleh meninggalkan parut 😭

…….

Kesimpulannya, pertumbuhan jerawat lazimnya berpunca daripada pori2 yang tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jangkitan bakteria. Jerawat juga mudah merebak jika nanah atau cecair yg terhasil merebak ke kawasan kulit yang lain.

Sebab itulah pentingnya penjagaan kulit wajah kita untuk mengelak daripada pertumbuhan jerawat. Paling sakit jika kita mengalami masalah jerawat yg kronik seperti jerawat batu dan jerawat nodul. Kedua2 jerawat ini akan meninggalkan kesan parut yg dalam dan gelap.

So lepas baca artikel ni, harapnya uols rajin2 lah ye basuh muka dengan bersih. Penggunaan Toner & Scrub juga sangat membantu utk elakkan pori2 tersumbat yg akan mengakibatkan pertumbuhan jerawat! Pastikan juga bahan2 yg terdapat dalam skincare uols tu bersesuaian dgn jenis kulit wajah uols tau.

Tak tahu kulit muka jenis apa? Meh kenalpastinya dengan membaca artikel ini :- Klik Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×