Jeragat

“Apa itu jeragat?”

Jeragat merupakan bintik-bintik kecil yang bewarna lebih gelap dari kulit wajah kita. Jeragat yang kecil boleh membesar dan khuatir akan bercantum dengan jeragat yang lain di mana ianya akan menyebabkan jeragat akan kelihatan dengan lebih jelas.

Credit: Freepik

“Macam mana saya boleh ada jeragat?”

Punca utama jeragat berlaku adalah disebabkan kulit wajah kita yang terdedah dengan sinaran matahari yang mempunyai sinaran UV. Untuk pengetahuan uols, sinaran UV boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah kita antaranya ialah boleh terjadinya kulit terbakar, jeragat atau kanser kulit.

Selain itu, jeragat juga berpunca daripada penggunaan kosmetik yang mempunyai bahan terlarang seperti merkuri, hydroquinone dan banyak lagi. Kebiasaannya, jeragat mula muncul dan membiak selepas seseorang itu berhenti daripada memakai produk yg mempunyai bahan terlarang ini.

Jeragat juga boleh berlaku akibat keturunan/hormon seseorang.

“Jeragat ni berbahaya tak?”

Jeragat ini tidak  membahayakan kesihatan kita. Akan tetapi, ianya boleh membesar dan merebak hingga ke seluruh kawasan wajah kita. Hal ini boleh menyebabkan wajah kita kelihatan tidak menarik dan tona kulit tidak sekata dan gelap.

“Macam mana nak hilangkan Jeragat?”

Jangan tinggal Sunscreen/Sunblock! Seperti yg dinyatakan tadi, punca utama jeragat berlaku adalah disebabkan sinaran matahari. Penggunaan sunscreen pada kulit wajah uols boleh membantu menghalang sinaran UV menembusi lapisan kulit uols! Selain mengurangkan dan mengelakkan dari berlakunya jeragat, sunscreen juga dapat mengurangkan penumbuhan jerawat dan mengelakkan liang pori membesar. Jadi, pakai lah sunscreen setiap hari ok?

Basic Skincare Routine! Haa kalau uols buat basic skincare ni hari-hari, confirm bukan jeragat je takut nak timbul, tapi jerawat pun susah nak tumbuh! Kenapa? Sebab kalau uols betul-betul ikut basic skincare routine ni, kulit uols sentiasa bersih dan cukup nutrisi yang diperlukan. Tak tahu macam mana basic skincare routine? Boleh baca artikel ni --> https://meeracle.com.my/step-by-step-skincare-routine/

Exfoliate! Exfoliate ni ada dua cara. Pertama ialah physical exfoliate dimana uols boleh guna scrub untuk buang sel kulit mati pada kulit uol. Yang kedua ialah chemical exfoliate. Chemical exfoliate ni ialah skincare yg mempunyai bahan seperti AHA BHA. Kalau uols punya skincare routine belum lengkap, disarankan jangan guna AHA BHA ni tau. Boleh try guna scrub je and make sure scrub tu halus dan tak terlalu kasar.

Guna skincare yg mengandungi bahan brightening! Contoh bahan bahan pemutih yang selamat ialah Alpa Arbutin, Niacinamide, Vitamin C, Lecithin dan banyak lagi! Selain daripada dapat mencerahkan kulit uols, ada diantara bahan ini dapat melambatkan proses penuaan, melembabkan kulit dan macam macam lagi! Psstt MEERACLE ada semua bahan ni tau! Dah try belum? 😉

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×