Dulu Mercedes, Sekarang Porsche & Mustang. Lepas ni apa?

Pada 30 Mac 2021 telah berlangsungnya MEERACLE Sports Car Rewads di Sentul Depot, Sentul. Kalau korang nak tahu, majlis ini diadakan untuk menyerahkan kunci kereta sports mewah kepada Master Stokis yang layak membawa pulang kereta-kereta mewah ini secara percuma.

 

Porsche 718 Cayman berwarna biru yang bernilai lebih dari setengah juta ringgit ini dibawa pulang oleh Siti Nur Azlina iaitu Master Stokis yang telah berjaya mencapai target jualan MEERACLE pada tahun 2020. Untuk pengetahuan korang, Siti Nur Azlina atau lebih dikenali sebagai Kak Lynn ini memegang gelaran Miss MEERACLE selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2017, 2018 dan 2019 kerana hasil jualannya yang sangat memberangsangkan. Kak Lynn juga pernah membawa pulang kereta Mercedes yang diberikan oleh MEERACLE HQ hasil usahanya dalam kempen yang lalu.

Ford Mustang 5.0 GT bewarna kelabu ini dibawa pulang oleh Nazariah atau dikenali dengan Kak Naza bersempena Anugerah Jualan 2021 MEERACLE. Kak Naza mula menjadi wakil jualan MEERACLE pada Ogos 2016 dan hasil berkat titik peluh beliau, Kak Naza mula menjadi Master Stokis MEERACLE pada awal Februari 2017.

Masdiana atau lebih selesa dipanggil Kak Diana ini telah membawa pulang Ford Mustang 5.0 GT berwarna Biru kerana beliau layak menerima Anugerah Jualan 2021 dari MEERACLE HQ. Untuk pengetahuan umum, dalam masa kurang dari setahun menyertai keluarga MEERACLE, Kak Diana menaik taraf level sehingga menjadi Master Stokis.

Ford Mustang 2.3 GT bewarna oren ini sudah mempunyai tuan baru iaitu Nurul Aini atau lebih popular dengan gelaran CPL. Hasil berkat usahanya berniaga bersama MEERACLE, CPL telah menerima Anugerah Jualan 2021 MEERACLE kerana prestasi jualan beliau yang sangat bagus dari tahun ke tahun.

Tahniah diucapkan kepada semua pemilik kereta sports mewah ini! Mereka layak menerima hadiah ini secara percuma dari HQ hasil berkat mereka pulun membanting tulang berniaga bersama MEERACLE! Dari bermodalkan RM448 sahaja, sekarang mereka mampu menjana pendapatan sehingga mencecah 6 angka.

Okay ini Fiqa baru cerita pasal Master Stokis bawak pulang Porsche & Mustang. Korang tau tak minggu depan pada 7/4/2021 pulak kita akan adakan majlis The Rising Star Of MEERACLE untuk penyampaian kunci kereta kepada wakil jualan level Pearl, Ruby dan Diamond! So korang nak tau tak diorg dapat kereta apa? Dan siapa pemenangnya? Kena follow up selalu la dengan cerita MEERACLE di social media kita 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Powered by WhatsApp Chat

×