Cara Kenalpasti Skincare Yang Sesuai Dengan Kulit Wajah Anda

“Macam mana nak tahu skincare mana yang sesuai dengan kulit muka kita?”

Sebelum beli sesuatu produk, kita mestilah ikut langkah2 ni:

1) Kenalpasti jenis kulit muka

Perkara yang pertama sekali uols kena buat ialah kenalpasti jenis kulit muka uols ni apa. Kulit muka kita ada 5 jenis iaitu normal, berminyak, kering, kombinasi dan juga sensitive. Cara untuk kenalpasti apa jenis kulit kita ni uols boleh baca artikel ni ye. Caranya mudah je! Klik Kat sini ->> https://meeracle.com.my/kenalpasti-jenis-kulit-anda/

2) Kenalpasti masalah kulit yang dialami

Tipu la kalau uols tak pernah alami masalah kulit kan? Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza. Antara contoh masalah kulit yang sering dialami oleh rakyat Malaysia ialah jerawat, jeragat, kulit wajah berparut, kulit terlalu kering atau terlalu berminyak dan banyak lagi. Bila uols dah tahu masalah apa yg kulit uols alami, senang la nanti nak pilih produk mana yang kita perlukan.

3) Tahu tentang fungsi bahan2 yang terdapat dalam skincare

Sebelum membeli sesuatu produk skincare, uols kena make sure bahan apa yang diperlukan dalam skincare tersebut untuk mengatasi masalah kulit uols dan pada masa yang sama bahan dalam produk tersebut perlu sesuai dengan jenis kulit wajah kita!

Selain itu, uols pun kena elak dari menggunakan bahan yang tak sesuai dengan kulit muka uols. Contohnya, jika uols mempunyai jenis kulit muka yang sensitive, elakkan dari membeli skincare yang mempunyai alcohol dan bahan pewangi. Sebab nanti muka uols akan menunjukkan tindak balas yang negative seperti kemerahan, gatal-gatal dan banyak lagi.

Sebab tu la pentingnya kita tahu fungsi bahan yang terkandung dalam sesuatu produk!

4) Perhatikan kesan kulit wajah selepas memakai skincare

Pastikan uols rajin untuk “membelek” muka uols apabila memakai produk skincare yang baru. Perhatikan tindak balas yang terhasil selepas uols memakainya. Jika kulit uols mula menunjukkan kesan yang negatif seperti pedih, merah-merah, naik bintik-bintik kecil, jerawat tumbuh dengan banyak dan reaksi negative yang lain, uols disarankan untuk BERHENTI dari memakai produk tersebut!

Hal ini kerana kemungkinan bahan yang terdapat dalam skincare tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit uols. So better uols stop pakai ok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×