BAHAYANYA PRODUK TIMBANG KILO

Produk timbang kilo merupakan krim yang dibeli secara pukal dari negara jiran dan kemudian di pack ke dalam bekas yang kecil untuk dijual. 

Kebiasaannya, produk timbang kilo mengandungi bahan2 yang berbahaya seperti merkuri, hydrokort, trerinoin atau hydroquinone.

Sumber: bajuwarnacoklat.com

Bahan2 berbahaya ini dapat memberikan kesan yg sgt buruk kepada kesihatan antaraya ia boleh mengakibatkan anak dalam kandungan cacat bila lahir.

Bagaimana kita nak tahu produk tu timbang kilo? Ok jom baca sampai habis. Berikut merupakan ciri2 produk timbang kilo.

  • Krim yg bewarna-warni (coklat, hijau, biru &ll)
  • Mempunyai tekstur yg melekit
  • Mempunyai set krim siang dan malam 
  • Packaging yg ringan dan nampak murah
  • Memberi kesan kpd kulit seawal 2-3 hari
  • Muka naik jerawat dgn mendadak jika berhenti memakai krim tersebut
  • Kulit boleh jadi gebu dengan mendadak sehingga boleh ternampak urat hijau

Uols juga boleh semak status kelulusan produk tersebut dari pihak KKM dengan membuat semakan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Sekiranya uols ada yg sedang menggunakan krim yg mempunyai ciri2 diatas, disarankan supaya berhenti memakainya dengan segera dan terus dapatkan rawatan di hospital jika mengalami kesan yg negatif selepas memakai produk timbang kilo.

Jadilah pengguna yg bijak dengan rajin menyemak label produk atau membuat research mengenai testimoni2 dan artikel mengenai produk kecantikan tersebut sebelum kita membelinya.

Pesanan kami dari Team MEERACLE, biar lambat kesannya asal selamat digunakan 😉

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×