facebook wana

Apa kelebihan Niacinamide?

“Apa itu Niacinamide?”

Niacinamide, juga disebut nicotinamide, adalah satu bentuk vitamiN B3  yang merupakan nutrien penting.

B3 boleh menyebabkan masalah pada kulit, ginjal, dan otak. Pemakaian niacinamide juga dapat membantu mencegah kekurangan B3.

Terdapat banyak lagi manfaat niacinamide yang lain, terutamanya terhadap kesihatan kulit secara umum.

Antara manfaat niacinamide dikatakan dapat membantu dalam merawat keadaan kulit tertentu, termasuk jerawat dan alergi.

 

“Apa manfaat Niacinamide dalam penjagaan kulit?”

Secara keseluruhannya, niacinamide dapat membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan pada kulit.

 

Antara manfaat niacinamide yang lain termasuk:

  • Memelihara imuniti kulit. Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda tegang dan sihat
  • Mengurangkan kemerahan dan kegatalan. Niacinamide mengurangkan keradangan, yang dapat membantu meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat, dan masalah keradangan kulit lain
  • Meminimumkan penampilan liang pori. Ia dapat membantu menyamarkan penampilan liang pori
  • Mengawal minyak. Niacinamide juga dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kalenjar sebum dan mencegah daripada pengeluaran yang berlebihan
  • Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari. Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Merawat hiperpigmentasi. Beberapa kajian mendapati niacinamide dapat membantu dalam memudarkan bintik-bintik gelap. Manfaat ini dapat dilihat selepas 4 minggu, tetapi tidak melebihi 2 bulan
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Penyelidikan juga mendapati bahawa ia sangat membantu dalam mengurangkan beberapa tanda kerosakan akibat sinar matahari yang disebabkan oleh penuaan. Ini merangkumi garis halus dan kedutan
  • Melindungi daripada radikal bebas. Niacinamide membantu membina sel kulit sambil melindungi dari tekanan persekitaran, seperti cahaya matahari, pencemaran, radikal bebas dan racun
  • Merawat jerawat. Niacinamide bermanfaat untuk jerawat yang teruk, terutamanya bentuk kerandangan seperti papula dan pustula

 

“Produk apa yang mengandungi Niacinamide?”

Antarannya adalah MEERACLE Whitening Booster Ampoule.

Kelebihan MEERACLE Whitening Booster Ampoule :

  • Diformulasi dengan kepekatan Niacinamide 12% yang membantu anda mendapatkan kulit yang cerah & halus
  • Membantu minimumkan kelihatan saiz pori yang besar dan tekstur kulit yang kasar
  • Memulihkan sistem pertahanan kulit untuk menentang kehilangan lembapan dan dehidrasi
  • Penambahbaikan pada cela (Blemishes)
  • Sekatakan tona warna kulit akibat kerosakan dari matahari
  • Tekstur yang ringan dan senng menyerap pada kulit tanpa rasa melekit
  • Diformulasikan dengan bahan aktif yang dapat menenangkan kulit dan melembapkan

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

NEED HELP? 😊

×