Apa Itu Skin Barrier?

“Apa itu skin barrier?”

Skin barrier ni merupakan lapisan permukaan kulit yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada pelbagai faktor antaranya ialah tahap kelembapan, infeksi bakteria, sinaran UV dan keadaan sekeliling seperti cuaca dan udara.

 

“Bagaimana kerosakan skin barrier boleh berlaku?”

Skin barrier rosak berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah:

 

  1. Tiada perlindungan sinaran UV
    • Ramai diantara kita yang sering mengabaikan kepentingan sunscreen. Untuk pengetahuan korang, sunscreen merupakan perkara yang wajib dipakai oleh semua orang kerana sunscreen ni berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran UV yang boleh menyebabkan skin barrier rosak terus menjadi punca kanser kulit dan juga jeragat.
  1. Penggunaan skincare
    • Penggunaan skincare yang mempunyai bahan yang kuat seperti alcohol, pewangi dan bahan-bahan harsh yang lain boleh merosakkan skin barrier. Jadi, sebelum beli sesuatu skincare tu make sure korang check betul betul bahan yang terkandung dalam tu tau!
  1. Penggunaan level pH yang tinggi
    • Antara skincare product yang korang kena check bebetul pH level nya ialah cleanser! Sebab cleanser ni bahan asas dalam skincare rutin. Nak taknak korang mesti jugak guna cleanser. Sebab itu la korang kena pastikan pH level cleanser korang tu sesuai dengan jenis kulit korang. Kalau pH terlalu tinggi ianya akan menyebabkan kulit wajah korang terlalu kering manakala pH level rendah boleh menyebabkan kulit wajah kita berminyak. So make sure korang menggunakan cleanser yang mempunyai level 5.0 – 5.5 ye!
  1. Over exfoliation
    • Pastikan sebelum anda menggunakan exfoliator, bahan yang terkandung dalam exfoliator tersebut bersesuaian dengan kulit wajah korang ye supaya skin barrier tak mudah rosak. Jangan gunakan exfoliator seperti scrub yang mempunyai texture yang kasar atau mempunyai bahan chemical yang kuat.
  1. Peningkatan Umur
    • Semakin berumur ni biasa la.. Kulit semakin manja dan semakin lemah. Sebab itu lah kalau boleh korang kena start pakai skincare yang mengandungi bahan anti-aging ketika kita berumur lewat 20-an sebab kolagen mula berhenti terhasil pada kitaran umur tersebut.
  1. Gaya hidup yang tidak sihat
    • Gaya hidup yang tidak sihat juga menjadi faktor untuk kerosakan skin barrier.Jadi, pastikan korang mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang.

 

“Apa akan terjadi kalau skin barrier kita rosak?”

Kalau skin barrier kita rosak, mulalah pertumbuhan jerawat, keradangan kulit wajah, kulit kemerah-merahan, kulit sensitive dan mudah terkena infeksi bakteria dan banyak lagi.

 

“Macam mana cara untuk menjaga skin barrier?”

Make sure korang tak skip steps basic skincare rutin which is cleanser, moisturizer dan sunscreen. Nak dapatkan kulit cantik make sure skin barrier kita sihat ok?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Powered by WhatsApp Chat

×