9 IDEA SIDE INCOME YANG MUDAH DILAKUKAN SEPANJANG TEMPOH PKP

Sekarang ni ramai yang terkesan dalam tempoh PKP akibat wabak COVID-19.

Ada yg terpaksa tutup syarikat, dipotong gaji dan dibuang keje. Benda2 ni la yg semua orang risau bila terjadi sbb sumber pendapatan terputus.

Komitmen bulanan pulak banyak pastu mcm mana nak bayar hutang kete, rumah & ll?

Sebab tu la kita kena lah ambik initiatif lain macam mana nak dapatkan income sepanjang tempoh PKP ni.

Artikel kali ni kita nak kongsikan sikit idea2 bisnes side income yg mudah untuk uols buat sepanjang tempoh pkp ni. Ye la daripada duduk rumah tak buat apa baik kita cari duit poket sikit kan? 😉

(sumber: technave)

1. Runner Penghantar Makanan/barang

Uols kalau ada kenderaan seperti motor atau kereta yg dah lama tak start sbb PKP ni, boleh la try jadi runner untuk hantar makanan/barang kepada pelanggan. Uols boleh try apply untuk jadi runner dari syarikat yg ada menawarkan pekerjaan ni sprt Grab, Foodpanda, Lalamove &ll.

2. Jual Makanan

Uols pandai masak atau baking kek? Haa masa ni la nak jadikan skill uols tu bertukar kpd duit! Boleh jual masakan panas, kek, makanan frozen dan banyak lagi! Lepas tu iklankan makanan2 yg nak dijual tu di sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter. Uols snap gambar makanan tu lawa2 lepas tu upload kat media social. Confirm mesti ada je orang yg nak beli 😉

3.Dropship

Dropship ni merupakan bisnes “jana duit tanpa modal.” Senang cite uols tak perlu keluarkan apa2 modal dan tak perlu simpan stok. Apa yg uols kena buat adalah iklankan saje produk tersebut dan ambik order dr customer. Untung, uols ambik masuk poket. Kalau uols baru nak berjinak dgn bisnes online ni, boleh try join program dropship dulu.

Meeracle juga mempunyai program dropship. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai program dropship Meeracle, boleh layari website Meeracle kat sini: https://meeracle.com.my/dropship-meeracle/

 

(sumber: freepik)

4. Influencer di Sosial Media

Haa kalau uols jenis pandai bercakap dan mempunyai keyakinan yg tinggi, uols boleh try jadi influencer. Uols hanya perlu buat review produk di sosial media seperti Instagram atau Youtube. Kalau uols ada skill edit video lagi lah bagus. Sekarang ni ramai je individu terutama anak muda yg ada memperolehi income sehingga beribu ringgit dgn hanya menjadi influencer di Sosial Media.

5. Jual Barang2 Lama

Uols mestilah ada barang2 yang dah lama & taknak pakai lagi kan kat rumah? Daripada barang2 tu simpan terperap baik uols tukarkan dia jadi wang ringgit! Contoh barang2 terpakai yg boleh dijual ialah baju, tudung, kasut, beg, novel dan banyak lagi! Uols boleh try jual barang2 tu kat Mudah.my ataupun Carousell.

6. Menjadi Ejen Produk Kecantikan / Kesihatan

Kalau uols perasan lah kan, produk kecantikan & produk kesihatan lah yg paling banyak orang jual kat sosial media. Biasanya, produk2 yang berkesan dan banyak review ni permintaannya tinggi dan mudah untuk dijual. Sbb tu lah ramai ejen2 produk ni masyukk. Boleh kata yg jadi ejen ni mcm side income khas bagi uols yg nak untung banyak sampai 4-5 angka sebulan!

Sekiranya ada yg berminat nak jadi Ejen untuk produk kecantikan, Meeracle ada buka slot untuk Ejen dan Stokis khas untuk mereka yg nak cari side income time PKP ni.

Boleh klik sini utk ketahui lebih lanjut: Ejen Meeracle

 

(sumber: unsplash)

7. Freelancer

Jika uols ada digital skill seperti copywriter, web designer, web developer, pereka grafik dan video editor, uols mempunyai peluang yg besar untuk mulakan perniagaan side income dgn menjadi freelancer. Zaman sekarang, skill2 ni sangat high demand tau! Secara umumnya, pelbagai industri memerlukan servis2 seperti ni untuk bisnes mereka. Uols boleh iklankan servis uols di sosial media atau freelancer.com.

8. Servis Marketing

Time PKP ni, orang ramai mula berniaga secara online. Sekiranya uols ada kemahiran dan pengalaman membuat Fb dan Ig ads, inilah masanya untuk uols buat duit dengan menawarkan servis marketing kpd peniaga2 online. Paling ngam kalau uols pandai buat copywriting skali untuk iklan2 yg uols akan run tu. Boleh buat pakej! 😉

9. Jual Hasil Seni

Bagi uols yg ada kelebihan atau skill sprt melukis, menjahit, mengukir, menganyam dan lain2, masa ni la nak tunjukkan bakat uols. Pada masa yg sama jadikan hobi & bakat uols ni sebagai sumber pendapatan sampingan uols! Mana tahu side income boleh jadi sumber income utama kan? >,<

…..

Sebenarnya banyak sangat alternatif lain untuk dapatkan side income. Kalau nak tahu macam mana nak buat bisnes online dgn lebih mendalam, uols boleh cuba masuk kelas online yg ajar mcm mana nak berniaga online.

Semoga berjaya dengan apa saje perniagaan yg uols buat lepas ni untuk dapatkan extra income! Ingat, jangan cepat mengalah dan teruskan berusaha tau!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×