7 TIPS UNTUK NEWBIE YANG BERNIAGA ONLINE

 

 

1.Sentiasa mencari ilmu

Untuk pengetahuan uols, antara faktor utama sesuatu perniagaan itu mendapat sales yang kurang adalah disebabkan kurangnya ilmu mengenai bisnes! Ilmu tak datang bergolek ye. Jangan pernah ada perasaan sombong atau takut untuk belajar dan cari ilmu! Jangan pernah rasa cukup dengan ilmu sebab zaman sekarang ni zaman digital. Semuanya kejap je berubah. Cara marketing pun tak sama macam 5 tahun dahulu.

2.Jiwa kental

Awal2 nak bisnes, memang uols akan jumpa orang2 yang akan buat uols rasa down & giveup.

“Boleh ke bisnes ni?”

“Alaa kejap je ni nanti stop la tu”

“hangat hangat tahi ayam je ni”

Ye memang akan ada orang yg macam ni. Apa yang kita kena buat? Dengan orang yg macam ni kita senyum dan diam kan aje and let the result is talking! Uols kena diamkan diorg dengan kejayaan uols! Sesilap nanti diorg minta uols jadi sifu pulak untuk bisnes ni! Haa jiwa kena kental, telinga kena tebal dan jangan mudah mengalah!

3.Rajin Explore!

Apa maksud rajin explore ni? Okay part ni paling best! Daripada uols rehat2 dan gegolek atas katil tu tak buat apa, baik uols jadi stalker! Hehehe. Maksudnya uols pergi la try tengok media sosial jenama jenama yg hebat. Uols tengok macam mana cara marketing diorg, content macam mana yg bagus utk engagement, video/gambar yg trending sekarang ni, benda apa yg orang suka sekarang ni. Contoh? Okay uols try la install TIKTOK dan perhatikan macam mana cara orang2 sekarang buat iklan hanya menggunakan applikasi tiktok! Creative tau pengguna tiktok ni kalau uols perasan

4.Sentiasa motivate diri sendiri

Uols kena ingat, bila mood malas uols tu datang, uols ingat balik apa niat sebenar uols nak berniaga? Dan pesan kat diri sendiri

“Aku KENA berjaya sebab nak tolong mak ayah”

“Aku KENA cari duit untuk bayar hutang”

“Aku KENA teruskan jugak untuk sara family”

Bantu diri uols sendiri untuk kembali bangkit. Takkan modal uols nak habis macam tu je tanpa untung? Takkan la uols nak sia siakan MASA dan EFFORT uols untuk set up Instagram, Facebook dan platform uols berniaga macam tu je? Terus bangun dan bangkit bila terdetik sedikit pun perasaan nak down tu! Semua orang boleh berjaya!

5.Rajin! Rajin! Rajin!

Haa tiga kali kita ulang tu tau! Nak berjaya kena lah rajin. Rajin post content setiap hari, rajin buat research mengenai bisnes, rajin layan customer dan macam2 lagi la! Nak berjaya kena berusaha dan semangat! Bila kita rajin, orang akan nampak kesungguhan kita. Contoh? Ok uols bayangkan kalau uols ternampak ejen satu produk ni kat Instagram penuh je feed Ig diorg dengan testimoni, kelebihan produk, gambar parcel yg banyak… Hari2 diorg post content2 macam ni. Tak ke uols rasa tergugat nak beli produk tu? Sebab kat situ dah nampak yg dia ni “trusted agent” dan rajin. Kan?

6.Bijak Merancang

Iols nak pesan ni. Bagi sesiapa yang baru je masuk dalam dunia bisnes online, uols wajib membuat perancangan! Apa yang uols kena plan?

  • Rancang content untuk dipost ke sosial media
  • Sediakan ayat2 close sales yang padu
  • Gunakan servis penghantaran parcel yg murah
  • Record duit keluar masuk

Kalau boleh jimatkan kos untuk bahan marketing! Sebagai contoh, kalau uols menjual produk orang, guna je dulu content yg Leader/HQ bagi. Kalau nak shoot produk, gunakan handphone uols je. Tak perlu hire photographer dan sewa studio. Cut cost selagi boleh.

7.Jangan malu!

Ha yang ni pun sebenarnya pembunuh semangat tau! Jangan malu untuk berniaga. Berniaga ni la pekerjaan yang paling menguntungkan kalau uols buat betul2. Kalau uols malu berniaga, memang sampai bila2 pun uols susah nak berjaya dalam dunia perniagaan. Ok?

….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×