7 SEBAB PERLU ADA SIDE INCOME DI ZAMAN COVID-19

Setakat ni pandemik COVID-19 dah merebak hampir ke seluruh dunia! Kat Malaysia juga wabak ni dah meragut lebih dari 100 nyawa.

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood ada kata, pandemik Covid-19 di Malaysia maybe tak berakhir dalam tempoh dua tahun akan datang. Risau kan? 😭

So bila dah jadi mcm ni, maybe PKP pun akan dilanjutkan lagi. Mesti ramai yg terkesan dgn situasi mcm ni.

Ye la bila banyak syarikat2 yg terpaksa tutup beroperasi ni mesti lah ramai jugak yg kena potong gaji la yg kena buang keje la. Kan?

Hal ni menimbulkan kerisauan kpd semua pihak. Bila dah terputus sumber pendapatan, macam mana pulak dgn komitmen? Hutang pulak mcm mana nak selesaikan?

Sebab itu lah pentingnya ada side income.

“Laa kenapa kena ada side income?”
“Untuk apa side income ni?”
“Kalau ada pendapatan yang lebih dari cukup pun perlu jugak ke side income?”

Buat side income ni bergantung juga pada individu tersebut. Tapi uols baca dulu sbb2 kenapa perlu ada side income ni. Lepas tu dah baca ni boleh tanya diri sendiri perlu ke tak side income ni senanya? 😉

So pada pendapat iols, side income ni perlu untuk:

(sumber: theconversation)

1. Keperluan Harian
Lagi2 kalau uols ada keluarga yg besar dan anak yg ramai untuk ditampung. Mesti kos untuk keperluan harian sprt barang dapur, susu & pampers anak, bil api dan bil air akan tinggi. Kebiasaannya, sumber pendapatan kita akan habis kat sini je.. Tapi bila adanya side income, kita nak beli barang pun boleh beli dgn yakin tanpa tertanya2 “eh duit cukup ke kalau aku ambik ni?”

 

(sumber: freepik)

2. Hutang
Hutang ni jangan dibuat main ye even uols dah takde kat dunia ni pun hutang harus dilangsaikan! Contoh2 hutang yg dimaksudkan ni mcm hutang kereta, rumah, PTPTN, hutang dgn member ke.. Haa merana tau kalau dah hutang keliling pinggang ni jangan pulak uols sampai nak pinjam Along! Sbb tu la kalau ada side income ni at least boleh la bantu uols byr hutang2 ni betul tak?

3. Kecemasan
Haa side income ni jugak penting sgt untuk waktu2 kecemasan. Ye la malang ni tak berbau. Contohnya, tetiba satu satunya kereta uols rosak tak boleh nak start.. Nak repair kena ada beratus dalam poket.. pastu waktu tu pertengahan bulan pulak! Haa sudah.. cemana nak pergi kerja.. Mana nak cekau duit? Takkan nak pinjam member lagi? Contoh yg lain pulak, mcm skrg ni zaman COVID-19. Kot tetiba uols kena buang keje. Macam mana nak tampung kos sara hidup keluarga?

(sumber: unsplash)

4. Simpanan masa depan
Bayangkan kalau pendapatan uols ni cukup2 makan je utk uols teruskan hidup. Kadang tak sampai hujung bulan pun duit dah habis macam mana nak ada simpanan? Duit simpanan ni penting ye untuk masa depan contoh anak2 nak sabung belajar ke atau maybe ada yg nak kumpul duit untuk kawin?.. Haa so nampak tak pentingnya side income ni?

5. Sedekah
Orang cakap, tangan yg memberi ni lagi baik dari yg menerima. Sedekah ni jugak merupakan baja rezeki. Kalau uols ada side income, uols boleh lah bantu org2 yg kurang bernasib baik. Pernah tak uols rasa puas bila dapat tolong orang yg susah? Rasa gembira je. Haa disamping dapat income, kita jugak boleh la buat baik kat org lain tau.

(sumber: unsplash)

6. Penuhi kehendak
Setiap individu mesti lah ada impian tersendiri kan? Ada yang teringin nak pergi melancong, nak beli rumah, nak beli itu ini demi kepuasan sendiri. Tapi hasil gaji sedia ada tak mencukupi pulak. Kadang geram je tgok orang lain kerja biasa je tapi macam2 benda dia boleh beli. Maybe sbb dia ada buat side income? Hehe. Haa dgn adanya side income ni, kita boleh beli apa je yg kita suka. Duit kita, suka hati kita la kan? ;D

7. Kumpul Harta

Bila kita dah ada duit yg lebih daripada mencukupi hasil dr side income, uols boleh la mula untuk kumpul harta seperti beli tanah, rumah, emas dan seumpamanya. Uols boleh juga start berjinak dgn pelaburan. So bila kita pencen atau dah tua takde income nnt at least kita ada juga bekalan harta dan simpanan sendiri.

……

Banyak lagi sebenarnya sebab kenapa perlu adanya side income ni. Mengikut keperluan individu jugak senanya.

Bagi uols yg dah start nak buat side income, semoga berjaya! Teruskan berusaha, sabar, tabah dan yakin tau! Orang yg berjaya ni adalah org yag kuat berusaha!

Bagi uols yang ekonominya terkesan akibat COVID-19 ni, iols doakan semoga terus tabah & sabar hadapi ujian ni ye.. Uols dah boleh try buat side income mulai skrg! 😉

2 thoughts on “7 SEBAB PERLU ADA SIDE INCOME DI ZAMAN COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×