7 Benda Penting Yang Perlu Dibawa Ketika Melancong

Siapa kata zaman COVID-19 ni tak boleh pergi melancong?

Saat ini kita belum lagi dibenarkan untuk melancong ke luar negara, so why not kita merealisasikan impian kita untuk melancong, dengan pergi melancong didalam negara? Untuk pengetahuan korang, Malaysia ni banyak sangat tempat yang menarik, permandangan yang tenang, makanan yang superb sedap, budaya yang unik dan macam-macam lagi la! Kalau Fiqa nak list kan kenapa Malaysia ni best memang banyak sangat! So korang kena rajin buat research and explore mengenai negara tanah tumpahnya darahku ini ha gittew.

Nak pergi melancong ni benda wajib kita kena buat is PACKING!!

via GIPHY

 

Untuk mengelakkan dari tertinggal benda yang penting, korang mesti lah buat list! Kita kena senaraikan benda apa yang penting dan wajib dibawa sebab ye la kita ni bila tengah excited nak melancong mesti kadang-kadang ada je benda yang kita tertinggal betul tak? So benda apa yang penting sangat eh untuk melancong ni?

Β 

1. Itinerary (Jadual Perjalanan)

Okay benda ni sangat penting tapi selalu orang terlepas pandang untuk bawa. Korang wajib untuk membuat jadual perjalanan dan printkannya! Kalau nak simpan dalam phone pun tiada masalah sebab lagi senang nak cari. Cuma make sure pastikan itinerary ni wajib ada before melancong.

Kenapa itinerary ni penting?

Mudah kan perjalanan. – Bila korang dah plan tempat, aktiviti, masa, penginapan, pengangkutan serta jadual perjalanan, senangla kerja korang untuk bergerak dan tak perlu buang masa untuk search dan berfikir tempat mana dan aktiviti apa nak buat ketika kita melancong. Korang dah plan dan bajet awal-awal dari segi masa dan kos. Bila semua benda dah dirancang dari awal, maka semua benda akan jadi smooth and korang pun akan happy je bila travel betul tak?

2. Peralatan Elektronik

Bila pergi melancong ni, benda yang wajib ada is handphone! Telefon pintar ni bukan sahaja untuk kita berhubung dengan orang yang jauh, malah ianya juga berfungsi untuk merakam moment-moment terindah korang ketika melancong ha gittew. Pastikan korang bawa charger, powerbank dan earphone! Kalau tak memang rugi gila la kalau korang pergi ke tempat yang ada pemandangan yang cantik tapi tak bergambar. Kan?

3. Skincare

Berseronok, seronok juga,

Skincare jangan lupa!

Kalau tak macam mana korang nak kekalkan kecantikan korang tu! Bayangkan sebelum pergi melancong kulit dah lawa, sihat toing! Toing! tapi bila time tengah melancong, tiba-tiba kulit kering, kulit berminyak, terkupas sebab tak bawak dan tak pakai skincare. Nak selfie pun dah takde mood πŸ™ Minta dijauhkan ye! Penat-penat kita jaga muka berbulan-bulan Β tapi sebab lupa bawa skincare terus muka breakout balik, lagi-lagi sekarang ni musim covid-19 dah la kena pakai mask, senang je kita nak kena maskne kalau tak jaga betul-betul. So make sure korang bawa skincare and kalau boleh bawak yang travel size punya supaya muat masuk kat handbag!

Psst! Jangan tinggal sunblock please!

4. Pakaian yang cukup dan bersesuaian

Ini paling penting! Korang kena make sure yang pakaian korang mencukupi. Contoh, nak pergi bercuti 3 hari 2 malam tapi kita bawak 2 pasang baju je. Mana cukup betul tak? Dan pastikan korang bawa pakaian yang bersesuaian dengan destinasi dan aktiviti yang akan dilakukan time melancong nanti. Jangan la korang nak pergi tepi pantai tapi bawak baju sweater tebal atau nak pergi mendaki tapi bawa selipar je. Sebab tu la korang kena plan betul-betul perjalanan korang sepanjang bercuti πŸ˜‰

5. Duit yang mencukupi

Nak berseronok ni mestilah kena duit! Hehe tapi jangan la sampai membazir. Pastikan korang sediakan duit yang mencukupi. Kalau boleh korang gunakan e-wallet je seperti Grab, Touch and Go, Maybank2U dan banyak lagi untuk lebih selamat, mudah dan pantas. Kurangkan pembayaran kaedah tunai sebab ye la kita mestilah kena kurangkan bersentuhan time Covid-19 ni. Kena jaga SOP πŸ˜‰


via GIPHY

 

6. Ubat

Pepatah melayu mengatakan, “Malang tak berbau”. Sebab itulah kita kena “sediakan payung sebelum hujan” dengan membawa ubat-ubatan “basic” seperti paracetamol, ubat cirit-birit dan minyak angin. Kalau yang jenis ada asthma tu tolong jangan lupa bawa inhaler!

7. Toiletries!

Kalau melancong gaya backpacker, korang jangan lupa membawa berus gigi, ubat gigi, sabun dan shampu yang bersaiz kecil. Elakkan dari berkongsi dengan orang lain untuk menjaga kerbersihan dan kesihatan! Oh ya mask dan hand sanitizer pun jangan lupa bawak! πŸ˜‰

 

Fiqa harap artikel kali ini banyak memberi manfaat untuk korang yang dah plan untuk melancong! Jangan lupa jaga kebersihan, sentiasa basuh tangan dan pakai face mask ketika bercuti! #kitajagakita πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×