Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan wajah yang sihat dan cantik khususnya bagi golongan wanita.
Pada zaman era globalisasi sekarang ni, alat untuk kecantikan mula dicipta seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, alat elektronik untuk kecantikan ini kebiasaannya berharga ratusan ringgit. Malah ada juga yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit untuk satu peralatan.
Persoalannya, alat apa yang bagus dari segi hasil dan harganya untuk kecantikan kulit wajah kita?
1. Facial Roller
Facial Roller ini merupakan alat perubatan dan tradisi yang digunakan oleh masyarakat China pada zaman dahulu. Gemstone Roller ini diperbuat daripada batu permata seperti batu jade, rose quartz, amethyst dan banyak lagi jenis batu permata. Fungsi Facial Roller :
- Melancarkan pengaliran darah
- Mengurangkan lingkaran hitam bawah mata
- Mengurangkankan garis kedutan
- Bantu menegangkan kulit wajah
- Bantu memudahkan penyerapan serum ke dalam kulit wajah
- Menghilangkan double chin
- Menajamkan dagu & jawline
- Menyegarkan kulit wajah anda
Range harga untuk Facial Roller di pasaran ialah bermula RM59 – RM400!
2. Ultrasonic ion Facial Treatment
Ultrasonic ion Facial Treatment ni merupakan alat elektronik yang berfungsi untuk memberi penyerapan nutrisi skincare yang maksima ke dalam kulit wajah kita. Antara fungsi yang lain ialah:
- Membersihkan kotoran degil di kulit wajah
- Melancarkan pengaliran darah
- Meningkatkan metabolisme
Anggaran harga pasaran ialah bermula RM49.00 sehingga mencecah RM1,400!
3. Facial Cleansing Brush
Facial Cleansing Brush merupakan alat elektronik yang tengah viral dalam bidang kecantikan sekarang ni. Alat ini mempunyai banyak bentuk dan variasi. Ianya digunakan untuk membantu membersihkan kulit wajah dengan penuh maksima. Kebanyakan alat ini mempunyai kelajuan vibration yang boleh dikawal. Antara kelebihan Facial Cleansing Brush ini ialah:
- Membersihkan kotoran liang pori secara maksima
- Menyingkirkan sel kulit mati di wajah
- Membantu melancarkan pengaliran darah di wajah
Anggaran harga pasaran ialah bermula RM129.00 sehingga mencecah RM1,400!
Tapi MEERACLE boleh bagi PERCUMA je kalau korang beli barang MEERACLE berjumlah RM99 & keatas!
Sumber: superadspro.com
4. Derma Scrubber
Alat untuk mengikis kulit mati seperti Derma Scrubber ini dapat membantu membersihkan kotoran diwajah dengan cepat. Derma Scrubber ini juga berfungsi untuk:
- Membersihkan kotoran degil di kulit wajah
- Membantu penyerapan skincare
- Melembutkan kulit wajah
- Bantu mengurangkan kulit kusam di wajah
Anggaran harga derma scrubber di pasaran ialah bermula dari RM120 sehingga hampir mencecah RM1,000!
Sumber: Tradees
5. LED Mask Facial
LED Facial Mask ini merupakan teknologi kecantikan yang menggunakan lampu LED yang mempunyai banyak fungsi. Antara fungsinya ialah
- Membunuh bakteria yang terdapat pada kulit wajah
- Mencerahkan kulit wajah
- Meningkatkan penghasilan kolagen di wajah
- Anti-penuaan
- Kecilkan pori pori
Anggaran harga pasaran: RM50 – RM5000!